Reka bentuk dan perlambangan Bendera_Afrika_Selatan

Spesifikasi

WarnaWarna rasmi pada tekstilRincian PantoneRGBRGB sample
HijauCKS 42 c Spectrum green3415 c#007749
HitamCKS 401 c Blue black#000000
PutihCKS 701 c National flag white#FFFFFF
Kuning emas (Gold)CKS 724 c Gold yellow1235 c#FFB81C
MerahCKS 750 c Chilli red179 c#E03C31
BiruCKS 762 c National flag blueReflex blue c#001489

Perlambangan

Warna-warna yang dipakai melambangkan asal-usul kaum utama yang membentuk masyarakat Afrika Selatan yang moden:

  • warna-warna hitam, hijau dan kuning merupakan warna parti Kongres Kebangsaan Afrika yang diwakili kaum kulit hitam giat memperjuangkan penghapusan apartheid serta kesetaraan hak antara orang kulit putih dengan orang kulut berwarna yang lain baik yang hitam, "bercampur" (Coloured) ataupun perang.
  • warna-warna merah, putih dan biru datang daripada bendera-bendera Belanda dan United Kingdom yang merupakan kuasa utama menakluk kawasan asal negara ini serta membentuk masyarakat kulit putih ia.

F. W. de Klerk sendiri ada menyatakan dalam autobiografinya bahawa warna merah cili (chilli red) disengajakan sebagai warna merah yang tidak memenangkan baik yang berketurunan British (yang menggemari warna merah biasa) mahupun yang berketurunan Afrikaner (yang lebih mahukan warna jingga).

Bentuk bercabang melambangkan penyatuan segenap masyarakat berbilang bangsa menuju kemajuan.[1]